Fakta Perasmian
- Pembukaan rasmi Pusat Akuatik Darul Ehsan berharga RM45 juta oleh Raja Muda Selangor, Tengku Idris Shah di Shah Alam pada pagi 7hb Julai 1998
- Turut serta dimajlis perasmian termasuk Menteri Besar, Datuk Abu Hassan Omar
- Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia, Datuk Seri Shahidan Kassim
- Pembukaan kompleks itu juga diadakan serentak dengan Kejohanan Renang dan Terjun Asia Pasifik Ke-12 yang diadakan buat pertama kali di Malaysia
- Kejohanan yang bermula serentak dengan tarikh perasmian menyaksikan 450 peserta dari 19 negara mengambil bahagian adalah anjuran Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Persatuan Renang Amatur Selangor
Matlamat penubuhan
- kemudahan sukan yang banyak di Shah Alam khasnya dan Selangor amnya sekali gus membolehkan negeri ini menarik lebih banyak kegiatan dan pertandingan sukan bukan sahaja di peringkat kebangsaan bahkan di peringkat antarabangsa.
- menarik lebih banyak pelancong untuk datang ke Selangor pada masa-masa akan datang.
- Pusat Akuatik Darul Ehsan sebagai mercu tanda Selangor maju setapak lagi dengan kemudahan sukan bertaraf antarabangsa
- Kemudahan yang disediakan oleh kerajaan termasuk kompleks renang sedikit sebanyak memberi manfaat kepada masyarakat setempat selaras dengan mempertingkatkan kemudahan sukan.
Pembangunan dan infrastruktur
- Pusat Akuatik Darul Ehsan dimulakan pembinaannya pada 1997 di atas kawasan seluas 3.69 hektar dan digunakan buat kali pertama semasa Sukan Malaysia (Sukma) VII, Selangor pada April, 1998
Kelengkapan dan kemudahan kompleks
- Menampung 4,000 penonton
- dilengkapi dengan 549 tempat letak kereta, 200 motosikal serta 12 bas
- kolam renang dengan 10 lorong sepanjang 50 meter serta lebar 25 meter dengan kedalaman 2.2 meter.
- kolam terjun yang mampu menyediakan kemudahan untuk sukan polo air, terjun papan anjal dan renang berirama.