Tasik Saujana Putra. bakal menjadi tumpuan aktiviti sukan selam kepada penyelam rekreasi disekitar Lembah Kelang.
Tasik Bandar Saujana Putra adalah dibawah kelolaan dan pengurusan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS). LUAS adalah sebuah agensi pengurusan sumber air Negeri Selangor yang juga merupakan agensi ulung dan perintis kepada pengurusan sumber air negeri.
Lokasi tasik terletak berdekatan lebuhraya ELITE di sekitar zon pertumbuhan USJ-Puchong. Perjalanan ke Tasik Saujana Putra mengambil masa kira kira 25 minit dari Pusat Selam, Dive Buddy (M), Pusat Akuatik Darul Ehsan. Laluan trafik adalah lancar melalui susur keluar Bandar Saujana Putra dari lebuh raya ELITE (Shah Alam- KLIA).
Tasik Bandar Saujana Putra juga terletak bersebelahan Damansara Damai dan boleh diakses melalui laluan lain termasuk lebuh raya SKVE (Klang – Kajang) dan LDP (Damansara – Puchong).
Tasik Bandar Saujana Putra adalah sebahagian dari Projek Pembangunan Bandar Saujana Putra yang melibatkan tapak kawasan perumahan seluas 850 ekar yang dilancarkan pada sekitar tahun 2003. Berkonsepkan kehidupan berkomuniti (Community Living) dengan anggaran 20,000 penduduk yang mendiami 6000 rumah kediaman dan unit komersial. Taman taman perumahan yang bersebelahan adalah seperti USJ, Putrajaya, Cyberjaya, Shah Alam and Puchong.
…bersambung
- Persediaan dan Perancangan
- Taklimat dari Divemaster/Instructor (Pre dive briefing)
- Peralatan dan kelengkapan SCUBA
- Teknik dan Kaedah Selaman
- Aktiviti Selaman
- Pensijilan Kursus Selam SCUBA
- Specialty Course
- Fun dives
- Faktor Keselamatan
- Birokrasi
- Dasar tasik dan permukaan
- Kebersihan persekitaran
- Dasar Tasik
- Darat (Taman dan persekitaran)