Sudut Kembara Alam Selam
Fakta pertumbuhan dan statistik pelancungan Pulau Perhentian
Pulau Perhentian adalah destinasi utama cuti cuti pulau pada hujung minggu, terutama cuti umum dengan lambakan pengunjung tidak kurang dari 200,000 pengunjung setiap tahun dan menyasarkan jumlah itu meningkat kepada 450,000 hingga 500,000 setahun.
Pulau Perhentian Terengganu kini mempunyai lebih kurang 1,000 buah bilik penginapan daripada 42 buah pengusaha chalet dan resort dalam pelbagai kategori termasuk Pusat Peranginan Mewah, chalet bertaraf sederhana dan rendah, dorm serta kawasan perkhemahan dengan kadar sewa antara RM 50 hingga RM 300 sehari. Terdapat juga 19 operator selam, ( 10 di Perhentian kecil dan 9 di Perhentian Besar )
Jadi bayangkan bagaimana logistic dan prasarana ini dapat menampung bilangan lambakan pengunjung yang kian meruncing saban tahun. Ini lah hakikatnya, tiada banyak perubahan sejak Dive Buddy pertama menerokai alam selam di Perhentian lebih dari 20 tahun lalu.
Diantara faktor utama Perhentian menjadi tarikan pelancong adalah pengiktirafan dan penyeneraian dalam media massa dalam dan luar Negara antaranya :
CNN Travel telah menyenaraikan Pulau Perhentian Kecil dengan nombor ke-13 dalam senarai 100
Pantai Terbaik di Dunia mulai tahun 2013 hingga hingga terkini pada 2017.
Pulau Perhentian juga pernah tersenarai di tangga kelima untuk ‘Best Beach To Swing A Hammock’ dalam 1,000 Ultimate Experiences 2010.
Pakej divers camp menawarkan pengalaman berbeza kepada kaki selam yang meminati gaya hidup adventure dan outdoor…baru adventure dive gitu kan.
Musim 2017 ini krew selam kami sempat menyelami dengan lebih dekat tapak perkhemahan Teluk Keke dan persekitaran pantai dan alam flora faunanya. Kami memang menjangkakan akan berkampung dan menetap lama ditapak khemah disebabkan pelayaran MV Sri Aman Liveaboard yg tertunggak pada musim ini diatas hal hal yang tidak dapat dielakan.
18 hari berkampung diTeluk Keke ada kelainannya/keunikannya yang tersendiri berbeza dengan penginapan serba selesa dichalet dan resort. Pakej selam/snorkeling/free & easy standard kami untuk penginapan 3 hari/2 malam lazimnya menawarkan bilik berhawa dingin twin/triple/quad sharing dengan kemudahan bilik air berkembar dan bekalan letrik 24 jam.
Kemudahan asas ditapak perkhemahan ini termasuk bilik mandi, tandas, surau, pondok dapur memasak, semuanya terletak berhampiran dan boleh diakses sepenuh masa. Kemudahan letrik agak terbatas, dari jam 7 malam hingga 12 tgh malam sahaja untuk tujuan mengecas telefon bimbit dan sebagainya, walabagaimanapun lampu dari bekalan solar akan terus menerangi tapak khemah sepanjang malam.
Kepada anda yang tak lekang dengan smartphone tu bersedialah dengan powerbank ye..tak dapatlah plak nanti nak up gambar dan update status kat facebook dan instagram tu..huhu.
Antara kelebihan bermalam dan beriadah ditapak khemah Teluk Keke ini adalah ;
• Wilayah Celcom dengan liputan 3G/4G jalur lebar telefon mudah alih.
Kedudukan stesen pemancar di Kampug Nelayan, Perhentian Kecil yang terletak berhadapan tapak khemah memberi liputan talian dari sederhana kepada sangat baik sepanjang masa berbanding dengan lokasi lain terutama Teluk Dalam yang mengalami liputan paling buruk.
• Aktiviti dan riadah pantai/laut sepanjang masa tidak mengira jadual air pasang/surut.
Kedudukan dan lokasi pantai Teluk Keke dengan pantai dan dasar pasir halus yang bebas karang laut serta landai menuju ke laut luas ini memudahkan laluan keluar masuk bot penumpang dan teksi sampan ketika air surut cetek yang kerap membawa kemusnahan kepada terumbu karang selain dari kerosakan kepada bot penumpang dan keselamatan pelancong.
Kelebihan topografi laut dan darat Teluk Keke ini memberi akses keluar masuk ke lokasi selam snorkeling dan riadah pantai tanpa mengira waktu dan musim. Keadaan ini jauh berbeza jika anda menginap sepanjang pantai Teluk Dalam dan Coral Bay dengan dasar berbatuan serta dipenuhi karang laut menyukarkan pergerakan lantas menghadkan aktiviti keluar masuk ketika air surut dan cetek.
• Aktiviti air, pantai dan darat (jungle trekking) tanpa had. siang dan malam
• Berdekatan dengan kampong nelayan untuk mendapatkan bekalan makanan dan keperluan harian
• Warung makan yang berhampiran dengan harga sederhana
…bersambung
Dive Buddy Base Camp, Teluk Keke. Alternatif pakej selam SCUBA dan cuti cuti pulau termurah di Perhentian.
Ekonomi gawat dan sisa belanjawan merundum? Poket anda ketat…tapi hati naluri anda, saban minggu melonjak lonjak terus mendesak untuk menyahut impian panggilan pulau?
Ok..dah ada bajet berkat bijak menabung, event pun dah segera post dalam facebook group, segala plan dah dirancang, tapi bila hubungi resort/chalet di Perhentian semua dah penoh, fully booked sampai musim 2019 katanya…potonggg
Keep calm…lets go outdoor camping by the beach.