Wajah Baru MV Sri Aman Live-aboard

MV Sri Aman telah melakukan pelayaran percubaan sea trial ke Pulau Perhentian baru baru ini untuk persiapan akhir sebelum kembali beroperasi sepenuhnya pada akhir Jun nanti.
Antara perubahan luaran paling ketara adalah pada wajah baru MV Sri Aman dihiasi dengan warna unggul Putih/Biru, bersesuaian dengan imej bertaraf kapal persiaran mengantikan kapal kelas nelayan laut dalam dengan warna hijau/merah sebelumnya.
MV Sri Aman LiveaboardSri Aman dengan warna hijau yang ketara pada asalnya adalah kapal nelayan laut dalam, kelas C2 yang menjalankan operasi menangkap ikan sepenoh masa dengan kaedah utama mengunakan pukat dan seterusnya beralih kepada kaedah bubu. Aktiviti sampingan lain termasuk pakej memacning, candat sotong, sukan selam dan riadah laut ke Pulau Perhentian untuk menjana pendapatan sampingan.

Penangguhan pakej layar Perhentian musim 2017 adalah diatas sebab2 pemindahan pelabuhan dari Tok Bali ke Kuala Besut yg melibatkan isu-isu logistik dan muara sungai cetek di pengkalan pendaratan Kuala Besut. Kerja kerja mendalamkan muara Kuala Besut kini sedang giat dijalankan utk keselamatan laluan kapal induk kelas C2 spt MV Sri Aman. Lain lain kerja seperti baik pulih dan naik taraf peralatan dan sistem mekanikal enjin kapal telah pun selesai dilakukan sepenuhnya.
Mulai Julai 2017, MV Sri Aman telah mengunakan pelabuhan/jeti persendirian bersebelahan Terminal LKIM Kuala Besut sebagai pelabuhan berlepas dan mendarat mengantikan Tok Bali Dockyard.
MV Sri Aman juga kini mempunyai kakitangan sepenoh masa terdiri dari krew deck, enjin dan pengemudian kapal untuk memastikan keselamatan penumpang serta perjalanan pakej yang lancar.

Antara pakej layar Perhentian yang ditawarkan pada musim 2017 adalah seperti snorkeling, selam scuba dan candat sotong. Pakej adalah untuk pelayaran 2hari/1 malam dan 3 hari/2malam tertakluk kepada jadual tempahan dan termasuk makan/minun dan penginapan. Berikut adalah pautan (links) untuk harga pakej pelayaran dan jadual pelayaran bagi musim 2017. Harga dan jadual pelayaran adalah tertakluk kepada perubahan semasa dari segi kos operasi dan faktor cuaca serta alam sekitar.